Monday, November 15, 2010

Hilangkan Jerawat

Pernah tak korang berpikir apa sebenarnya punca jerawat? Terdapat pelbagai mitos tentang jerawat. Hmm, kyra pun sebenarnya antara percaya dengan tak percaya dengan mitos ni. Sebenarnya akne disebabkan oleh:
  • Pori yang bermasalah
  • Bakteria kulit: Propionibacterium acnes.  
  • Perubahan Hormon
  • Genetik
Dan bukannya:
  • Coklat dan gula-gula
  • Peluh, bahang dan kotoran
  • Dengan sentuhan pada kulit
Jerawat ni ada banyak jenis. So korang kene tau jerawat korang ni jenis apa.

Merah yang Marah 
Akne seperti ini berwarna kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Ia termasuklah jerawat dan bintil.
Jerawat boleh merujuk kepada benjolan merah kecil yang berhujung kuning atau “bermata”. Ia biasanya dijangkiti kuman. Ia boleh disembuhkan dengan ubat yang dibeli di farmasi atau sekiranya terlalu teruk, doktor akan memberi kamu antibiotik.
Bintil apabila teruk akan berubah menjadi akne. Ia membesar, membengkak dan menyakitkan. Lebih teruk, ia membesar dengan cepat. Jangan picit kerana ia akan menyebabkan parut yang dalam. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Silent Heads
Akne jenis ini biasanya leper dan hanya menunjukkan pori besar terbuka. Ia tidaklah sakit tetapi agak menjengkelkan kamu.
Bintik Hitam merupakan sejenis akne di mana plug hitam kotor menyumbat pori terbuka. Plag hitam itu bukannya kotoran tetapi minyak yang menjadi hitam kerana terdedah pada udara.
Bintik Putih terjadi apabila pori tertutup. Kamu hanya boleh melihat benjolan putih kecil pada kulit. Benjolan ini boleh mencair dan mengeluarkan cecair berwarna putih. 

Korang kene lah tau macam mana hendak menjaga wajah korang supaya bebas dfr jerawat. Di sini ada beberapa tips yang kyra nak kongikan dengan u ollss. 
  • Basuh tangan sekerap yang mungkin kerana pada tangan terdapat banyak kotoran dan bakteria. Pasti kamu tak mahu ia melekat pada muka kamu kan? Gunakan sabun lembut antibakteria.
  • Elakkan daripada menyentuh atau menggaru muka kamu. Sekiranya kulit kamu sensitif, kekerapan menyentuh atau menggosok akan mengakibatkan penggelupasan pada permukaan kulit dan seterusnya jangkitan kulit.
  • Basuh muka kamu dengan pencuci yang lembut. Jangan gunakan pencuci dengan skrub penggelupas atau manik-manik kecil bila kamu mempunyai akne. Ia boleh merengsa kulit.
  • Elakkan mengguna sabun kasar yang wangi. Gunakan sabun yang hipoallergenik dan noncomodogenic. Ia selalunya ditulis pada pakej atau label. Ini bermakna produk itu diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan tidak akan menyumbat pori muka kamu.
  • Selalu basuh muka sebelum tidur. Cuci sebarang mekap dan berhati-hati menggunakan pencuci mekap yang kuat.
  • Lembapkan kulit kamu dengan pelembap noncomedogenic yang ringan setiap kali selepas membasuh muka. Ia mengelakkan kulit kamu kering. Kulit yang kering lebih mudah untuk mendapat cela.

No comments:

Post a Comment

Google Website Translator Gadget

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...